About Me

My Photo
Kelana Jaya, Selangor, Malaysia
Rahmat Mokhtar, 25 Years Old And Currently Living At Petaling Jaya. I already done 128 grouping paranormal investigations and 180 solo paranormal investigations arounds the world. Already 10 years in this paranormal field. I am founder for EXTREME PARANORMAL RESEARCHER (EXPAR) and u can contact me thru my email is or add my ym at rahmat_tkh@yahoo.com Any questions or paranormal consultation base on science and spiritual u can contact me. I am also conduct any private and public event for paranormal speech and lecturing.

Thursday, October 20, 2011

Sejarah Revolusi Pertubuhan Pasukan Pengkaji Paranormal Di Malaysia (Bahagian 1)

Rakyat malaysia dan para pengkaji paranormal yang baru mahu pun yang telah lama menjadi pengkaji paranormal barangkali tidak tahu sejarah revolusi pencetusan kajian sains paranormal di negara kita iaitu Malaysia. Pelbagai penemuan dan penerokaan di semua lokasi yang di dakwa mempunyai aktiviti paranormal di negara kita seperti bukit tunku,genting,kawasan lembah klang dan pelbagai lagi kawasan yang telah di terokai oleh pengkaji paranormal. Serta ada yang telah berjasa kepada negara di mana terjumpa nya kawasan yang penuh bersejarah iaitu kubur mangsa tragedi 13 may 1969 di sana ketika itu pasukan Seekers kendalian Syed Abdullah Hussein ataupun dikenali Uncle Seekers telah berjaya menemui kubur seorang mangsa tragedi itu yang beragama islam yang meninggal dunia para 14 may 1969 kalau tidak silap saya mangsa bernama Harun Bin Mohammad.




(Ketika Bersama Chan Che Enn)


( Aswad Abdullah Sani Ketika Menunjukkan Imej Entiti Yang Berjaya Di Rakamkan)


(Keratan Akhbar : Hantu Tak Malu)




(Keratan Bacaria)

(Keratan mastika Jun 2004)

Pasukan paranormal di malaysia yang berjaya di tubuhkan dan di cetus kan buat pertama kali iaitu pasukan yang mengeluarkan CD yang bertajuk ENTITI BUKTI di mana buat pertama kali mereka berjaya merakam kan " Pontianak Dan Hantu Budak" sehingga setakat ini rakaman itu di anggap rakaman terbaik di rakam kan selepas rakaman dalam rancangan " Seekers" di mana imej Pontianak juga berjaya di rakam kan. Kumpulan Entiti di asaskan oleh CHAN CHE ENN bersama Aswad Abdullah Sani akhirnya pasukan itu terkubur di sebabkan oleh kesilapan dan penipuan salah seorang dalam pasukan itu dan menyebab kan nama baik mereka berdua tercalar. Selepas itu penipuan salah seorang dalam kumpulan tersebut telah mengempar kan seluruh rakyat malaysia di mana beliau telah mendakwa di cakar hantu di dalam sebuah kawasan yang di percayaai mempunyai kewujudan entiti paranormal dan juga rakaman penipuan di dalam bilik hotel. Akhirnya pasukan ini terkubur begitu sahaja dan setiap ahli pasukan entiti membawa haluan mereka tersendiri di dalam bidang kepakaran mereka demi keluarga tercinta.

Selapas itu pada tahun 2004 juga tertubuhnya pasukan “ SEEKERS MALAYSIA” pimpinan Syed Abdullah Hussein Iaitu Uncle Seekers dan yang turut bersama Uncle Ialah Siti Nadhirah ataupun dikenali sebagai ADEEK dan Dahlia dikenali sebagai Sis. Di dalam crew seekers ada ramai pengkaji yang turut bersama mereka iaitu saya, salim, mona, max, roni,yucie,ayeen,uncle jai,jamie,liza,tuty dan abe hanafi dan ramai lagi nama nama pengkaji yang saya tak berapa ingat sangat kerana kami semua bekerja dalam satu keluarga dan setiap individu mempunyai tugas mereka sendiri selaku pengkaji dan juga pembantu kepada Uncle Seekers. Rancangan Seekers di ntv 7 kendalian Uncle sendiri hanya musim pertama dan musim kedua selepas itu uncle menukar nama pasukan kepada Paranormal Scene Investigator (PSI) Di mana banyak kejayaan telah di cipta seperti pembongkaran penipuan bomoh bomoh dan pawang di negara ini dan uncle juga mencabar mahaguru untuk menyantau beliau serta kajian jenglot dan saya juga turut bersama dalam kajian jenglot tersebut dan juga kajian mencari big foot di johor di mana pasukan seekers bekerjasama dengan pasukan Singapore Paranormal Investigator (SPI) dan mereka berjaya menemui tapak kaki tersebut dan mendapat liputan luas media barat.


(Keratan Mingguan Misteri Ketika Uncle Mencabar Mahaguru)


(Ketika Menemui Kubur Harun Bin Mohamad Di Kubur Mangsa Tragedi 13 Mei 1969)

(Kajian Jenglot Ketika Pameran Alam Misteri Di Universiti Malaya)


(Tapak Kaki Big Foot Yang Berjaya Di Temui)


(Keratan Akhbar The Independent)


(Pasukan Seekers Ketika Jalankan Kajian)

(Kajian Jenglot Di Mana Jenglot Ini Di Bawa Untuk Di X Ray)

Pasukan Seekers juga berjaya menerbitkan buku yang berguna untuk masyarakat sebagai rujukan di mana buku ini telah di buku kan di atas kajian pasukan seekers sendiri dengan kerjasama semua pengkaji yang ada ketika itu. Pada masa itu pasukan seekers telah bertukar nama kepada PSI.
(Keratan Akhbar Utusan)


Dan pada tahun 2006 salah seorang pengkaji paranormal seekers ketika menjalan kan aktiviti ghost tour di mana kami membawa peminat paranormal melawat tempat tempat yang di kenal pasti oleh kami dan mempunyai aktiviti paranormal menerusi bukti yang telah kami berjaya rakam kan di salah sebuah banglo terletak di shah alam, selangor di seksyen 12 yang di beri nama banglo kayangan kerana banglo tersebut mempunyai banyak bilik dan berbentuk seperti istana. Banglo tersebut menyimpan pelbagai cerita misteri dan sehingga salim yang bertindak menjadi juru video 1 dan saya juru video 2 pada malam itu. Salim melangkah masuk dahulu dan mengikuti kumpulan pertama yang diketuai oleh Uncle sendiri. Saya pula mengikuti kumpulan kedua di mana kami masuk kemudian selepas kumpulan pertama masuk.

Tiba tiba satu bunyi dentuman berlaku seperti satu objek yang besar jatuh dari tingkat 1 banglo tersebut dan saya lari meluru masuk dan melihat salim dalam keadaan separa sedar dan berlumuran darah telah terjatuh bersama camera video sony milik beliau. Ini merupakan satu malapetaka dan memberi impak yang besar kepada kami semua dan juga saya sendiri kerana beliau ialah rakan pengkaji saya yang paling rapat sekali sejak penemuan kami di puchong dulu.
(Keratan Akhbar Kosmo 28 Ogos 2006 Di Mana Menunjukkan Salim Dalam Keadaan Parah Di Muka Depan Akhbar Tabloid Tersebut)

(Keratan Akhbar Kosmo Mengenai Laporan Susulan Salim)


(Kenangan Saya Ketika Bersama Salim)

Kini salim dalam keadaan baik di jaga oleh uncle seekers di janda baik, pahang dan alhamdulillah Allah masih menyayangi beliau yang sebenarnya seorang anak yatim piatu. Musibah yang melanda buat pengkaji paranormal ini ialah yang pertama kali di lapor kan di negara kita oleh itu saya menasihatkan supaya anda semua para pengkaji dan bakal pengkaji paranormal sila berwaspada dan faktor keselamatan dan daya tahan zahir dan batin amat diperlukan dalam menjadi pengkaji paranormal.

Artikel ini akan bersambung pada bahagian kedua di mana saya akan mencerita kan tentang pertubuhan pasukan lain.

Bersambung.......................

3 comments:

UncleSeekers said...

Sejarah tidak boleh diubah. Syabas Rahmat!

Rahmat Mokhtar Paranormal World Journey said...

Sejarah mengambarkan masa depan. Ramai new player tak tahu sejarah dan saya cuba perah kan otak untuk mereka kenal sejarah

Dali Nabawi said...

SMTI