About Me

My Photo
Kelana Jaya, Selangor, Malaysia
Rahmat Mokhtar, 25 Years Old And Currently Living At Petaling Jaya. I already done 128 grouping paranormal investigations and 180 solo paranormal investigations arounds the world. Already 10 years in this paranormal field. I am founder for EXTREME PARANORMAL RESEARCHER (EXPAR) and u can contact me thru my email is or add my ym at rahmat_tkh@yahoo.com Any questions or paranormal consultation base on science and spiritual u can contact me. I am also conduct any private and public event for paranormal speech and lecturing.

Wednesday, August 24, 2011

Sumbangan Kepada Kajian Paranormal Crew 666 Jika Anda Sudi..

Jika Pembaca Bermurah Hati ...

Salam buat semua.

Sejak paparan berhubung kes paranormal dikongsikan di blog ini, saya dapat melihat pertambahan bilangan pengunjung secara drastik.

Majoriti gemar membaca tampalan berhubung kes paranormal, hanya segelintir tidak.

Hakikatnya, untuk menyingkap fakta berhubung kes ditinjau, pelbagai usaha gigih dilaksanakan. 666 tidak menerjah lokasi sasaran secara semberono. Pada dasarnya, kami dituntut untuk berbincang, berkomunikasi dan membuat keputusan.

Secara peribadi, menghasilkan paparan berhubung kes paranormal di blog ini tidak ubah bak menerbitkan program dokumentari eksklusif, walhal hakikatnya hasil tinjauan hanya dimuatkan di blog ini.

Jika dilihat, penerbitan program televisyen lebih enteng kerana keseluruhan perbelanjaan dibiayai menggunakan bajet diperuntukkan syarikat dan hasil sumbangan penaja. Elaun kru, kos pengangkutan, komunikasi dan penginapan, semuanya ditanggung beres.

Pembaca setia mengikuti blog ini secara konsisten pasti tahu, setakat ini hanya 2 syarikat bersetuju menghulurkan sumbangan. Pemilik Supremo Donuts & Coffee menyumbang wang tunai untuk pembelian alat bantu kajian manakala syarikat Aroma Cinta Enterprise dilaporkan berminat menaja pakaian bertujuan memantapkan lagi penampilan kru 666.

Untuk rekod, selain dianggotai kakitangan syarikat swasta dan kerajaan, kru 666 turut disertai pelajar kolej. Semangat dan keberanian kru terbabit, amat saya hargai. Mereka semua bukan golongan peminta, jauh sekali bertujuan meraih keuntungan peribadi. Namun fakta perlu dikongsikan di sini, dana untuk menanggung kos keseluruhan tinjauan dan kajian di pelbagai lokasi, amat terhad.

Berikutan kekangan itu, setakat ini kami hanya mampu melakukan tinjauan di Lembah Klang sahaja biarpun wujud permintaan menuntut 666 melebarkan sayap liputan ke negeri lain di Malaysia.

Hemat saya, setiap kru 666 tidak pernah berkira berhubung tenaga dan semangat mereka curah dan tampilkan sejak 2 bulan lalu. Keringat mengalir di dahi dan tubuh, bukti dan lambang komitmen sejati tanpa berbelah bagi.

"Bro, bilangan pembaca blog mazidulakmal.com purata lebih 10 ribu sehari. Kalaulah ada antara mereka sudi menyumbang RM1 setiap seorang, mesti kita boleh bergerak lebih mantap dan berupaya melakukan tinjauan dan kajian di lebih banyak lokasi," cadang Razali Harun.

"Tak perlu RM1 bro, banyak sangat rasanya. Lima puluh sen seorang pun sudah lebih daripada memadai untuk membantu menampung kos menggerakkan 13 kru 666 lebih aktif. Pembaca hanya perlu duduk selesa di rumah untuk menikmati hasil tinjauan kita kongsikan," balas saya secara gurauan.

Terfikir, ada logiknya cadangan tanpa paksaan itu. Jika sebilangan pembaca berasa tinjauan kami jalankan menarik untuk dikongsikan sebagai ilmu, tidak salah andai cadangan itu dilaksanakan.

Kami memerlukan sumbangan ikhlas, bukan bertujuan menjadi peminta sedekah.

Justeru, kepada pembaca budiman bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan kepada kru 666 tanpa mengira nilainya, salurkan ke akaun Bank Islam 1204 7020 301196 ATAU Maybank 114106004713.

Jika sumbangan disalurkan ke akaun Maybank, sila nyatakan jumlahnya di bahagian komen tampalan ini, biar 10 sen sekalipun.

Terlebih dahulu, terima kasih kami ucapkan.

Pihak syarikat berhasrat menaja antaranya kos pengangkutan dan pembelian alat bantu kajian juga kami alu-alukan dan boleh berhubung dengan kami melalui emel mazidulakmal@yahoo.com.

Jika tiada sumbangan sekalipun, kami tetap merakamkan ucapan terima kasih di atas sokongan secara moral diberikan semua selama ini. Sila like Fan Page 666 sebagai tanda sokongan untuk terus membakar semangat kru 666.

Apapun, pandangan pembaca berhubung hal ini kami perlukan.

No comments: